
بسم الله الرحمن الرحيم
"Hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah...
Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Sentiasa haus dengan ilmu..dahaga akan pahala..solatnya - maruah dirinya...
Tidak pernah takut untuk berkata benar...
Tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Sentiasa bersama mereka yang berjuang di jalan Allah...
Menjaga tutur katanya...
Tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...hormat & berbakti kpd orang tua & keluarga...
Akan mendidik isteri & anak2 mendalami Islam...
Mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerna baginya dunia adalah rumah sementara menuju akhirat...
Bersedia untuk menjadi imam...
Hidup dibawah naungan Al-Quran & mencontohi sifat Rasulullah...
Boleh diajak berbincang & berbicara...
Sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji & berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan kerna sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Sentiasa mengingati mati...
Baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat - buah kehidupan itu perlu dibaja & dijaga agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian."
Itulah muslim yang saya cintai ; dia yang tidak terpesona dgn buaian dunia kerna dia mengimpikan syurga. Di situlah rumah idamannya & dia ingin membawa saya bersamanya.
-sweetnya lahai , hope Allah hadirkan "seseorang" yg diimpikan sebegini dalam kehidupanku (^_-)-


No comments:
Post a Comment