Rahsiakan "Pertunangan" .. Hebahkan " Perkahwinan" :)

Pasal tajuk tu , mesti ada yg hairan sebab apa aku gedik updatekan .. Huhu .. Sejujurnya , aku just nak share sedikit ilmu . Moga ilmu ni bermanfaat ..  Dipendekkan cerita , orang zaman sekarang lebih suka menghebohkan pertunangan . Tak kisahlah berstatus emak , anak , makcik dan seangkatan dengannya .. Yg lelaki pun lebih kurang sama je dengan perempuan .. Sebenarnya , anda alpa ke lupa tentang apa dengan sabda nabi SAW iaitu :

" Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)

Sebenarnya , banyak kebaikan merahsiakan pertunangan ni .. Dan ini ada sedikit kata-kata Ustaz Hasrizal :
"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil." ..


p/s : baca dan ambil ikhtibar .. hey ! tunang biar diam2 , kahwin sebar-sebarkanlah ye .. :)


Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati


Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi


Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia


Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih


Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan
#lagu ni penuh dengan mesej yg tersembunyi# kasih dan kekasih -in team #

No comments: