Life as a student !

Waktu sekolah dulu , selalu berangan . "Wah , bestnya la masuk universiti " .  Bohong la kalau tak pernah berangan mcm mana situasi dalam uni . Hehe . Tapi waktu tu , berangan yg indah-indah . Tak sampai berfikir ke lembah bertapa banyaknya assignment kena buat . Dan bila kau dah raih waktu itu, mesti terkenang balik . "Adoi , indahnya waktu sekolah" @ " Dulu sekolah , tak penat mcm " dan bla bla blaa .. Aku cakap ni jujur , berdasarkan pengalam aku sendiri . Apa de hal kan . Normal la , bila makin meningkat dewasa , makin la membuak-buak rindu zaman ala-ala kenit dulu . 


Sekarang ,waktu tengah aku menaip ni . Aku dah jejak kaki ke universiti . Dan saat ini , baru aku rasa betul-betul life student . Waktu ini juga , aku dah rasa betul-betul yang aku gambar mcm dalam novel tu tak sama sekali dengan realiti hidup . Dekat sini , semua kena hadap sorang-sorang . Dekat sini , tak payah la kau sibuk nak makan masakan mak kau selalu sebab dekat sini kau dah buzy . Kadang-kadang jarang gila nak meet parents. Call je mampu .Aku bab call laju sangat . Sehari boleh dikatakan 2 3 kali . So  spare credit tu wajib untuk aku . 


Dekat sini , kena pandai bawa diri . Takut terbawa dalam arus deras yang boleh rosakkan diri .Lagi-lagi siapa yg cepat "Culture Shock" . Amboi , elok-elok pakaian sopan , terkena kejutan budaya terus hilang baju . Haha . *gurau okey ! .. Kawan tu kena pilih betul-betul . Tapi jangan la kau pilih berdasarkan rupa ."Eh , dia ni cun .Jom la kawan ". Sorry , tu salah sgt .Jgn kau judge dari rupa .Kang dapat kawan muka cantik , mulut longkang , tahan ke kau hadap ? . Tak pun kaki paw lebih had , nak kau jadi banker dia ? . So , berhati-hatilah .


Dekat sini juga kau kena rajinkan diri kau . Jgn bergantung pada orang lain . Kau kena berdikari sebab kalau kau gantung diri pd orang lain nanti kau bodoh ! . Bodoh sebab bila kau kena buat sendiri , kau tak reti handle . Jadi ,apa kata kau buat mcm ni " Jgn malu bertanya , takut sesat jalan" . Tanya je , jangan pulak kau ambil kesempatan atas diri dia . Tu mmg kau ni tak boleh pakai la senang cerita.


Jadi life dekat sini mmg beza dengan life kita zaman sekolah dulu . Dulu apa-apa hal ibu ayah ada . Sekarang apa-apa hal , diri sendiri dengan kawan baik je ada . Memang terasa sikit la sebab kena hadapkan . Biasalah semakin lama kita hidup , semakin banyak benda baru kita tahu .Dari situ kita dapat belajar dan dapat bantu mematangkan diri dlm buat keputusan . 





*budak rumah . Syukur giladapat yang baik da sporting mcm mereka . Ni adek beradek dekat uni ni . Mmg best kenal. Beza umur pun tak nampak.. Still mcm rakan sebaya . Ahakkkkss


*kawan gaduh , kawan tepuk tampo , kawan minta tolong ajarkan apa yang aku tak paham . Kawan makan , kawan pergi kelas dan ponteng kelas . Semua jenis ada dekat dia . Senang cerita She is my close friend laaaaaa . :P











No comments: