Dear Ayah .. Waliku .. :)
Puisi ni , khas untuk ayah tercinta yang banyak berkorban sepanjang membesarkan aku . Meskipun kadang-kadang aku ni bukannya anak yang mendengar kata . Tp aku try juga untuk jadi seorang anak yang SOLEHAH . InsyaAllah . Bersyukur kepada Allah sebab bagi aku seorang ayah yang penyayang ,caring , periang , pendidik , yang mampu bagi aku sebuah kebahgiaan sebagai seorang anak dan sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga .. Yes ! he is My Hero and always My Hero ! - (En. Nordin Patijam) ..
Saat terlihat wajahnya ,
ketengan menerpa,
keihklasan terpancar,
tiada keraguan..
Suaranya penuh butir bicara nasihat,
Senyumannya menutup segala resah,
Tangannya kasar ligat mencari nafkah..
Dia ayahku .. Dia waliku..
Dia idola lelakiku .. Dia heroku ..
Mana mungkin ku lupa jasanya,
mana mungkin ku lontar cacian padanya,
mana mungkin ku tinggalkannya..
Oh ayah , baktimu tak mampu ku balas ,
tak ternilai jika dihitung ,
tak terucap dengan kata-kata ..
Aku puterimu ,
akulah yang kau didik ,
akulah yang kau lindungi ,
sebelum aku dilepaskan untuk mendapatkan sebuah kehidupan baru ..
Ayah .. waliku ..
Ku hanya memanjatkan doa ,
Pada yang Maha Esa ..
Untuk kau masih diberikan kesihatan yang baik ..
Dan perlindungan daripadaNya .. Amin Ya Rabb :)
Ayah : kadang-kadang dia marah sebab dia nak anaknya jadi lebih baik , dia rotan sebab dia nak mendidik , dia cili mulut sebab dia tak nak anaknya berkata benda-benda yang kesat ..
Ayahku , inspirasiku .. Aku terlalu rapat dengan ayah dari kecil sehinggalah kini biarpun usia dah mencecah 19tahun .. Ayah sporting sangat-sangat.. Dia tahu naluri anaknya , dia akan terus cuba memahami .. Begitu juga aku , kadang-kadang payah nak terima , tp bila muhasabah diri , ada baiknya aku terima .. Aku heran , ada juga segelintir yang benci ayahnya , marah ayahnya .. Ya Allah , saat aku ketahui semuanya , aku rasa sebak .. Sejahat mana pun ayah kita , kita kena hormat ... Kena sayang dia .. T_T ..
Aku ingat lagi , sekitar usia ku dibangku sekolah rendah , selalu aku buat ayah marah .. Tp bila malam je , perasaan aku akan rasa berlainan kalau tak bertegur siapa .. Yelah , ayah marah sebab aku salah .. So cara nak aku mintak maaf pada ayah , aku pergi buat surat .. Hehe .. Surat ni sampai sekarang ayah simpan .. Skrg dah remaja , tak ada kerja nak buat surat , just bagi SMS je .. Huhu .. Tapi still sweet mcm dulu .. Macam tu juga kalau buat salah dengan ibu .. Aku tetap guna cara yang sama .. Bagi aku , ibu ayah adalah sangat penting dalam kehidupan selepas Allah dan KekasihNya .. Aku tak rasa janggal , kalau orang tengok aku kiss , hug ayah aku .. Sebab tu perkara penting aku buat dari kecik sampai la ke saiz L ( longgar ) .. Hihi .. Ibu pun sama , kalau sebelum pergi mana-mana , mesti aku kiss and hug dua-dua ni .. Sayangnya menggunung .. Mana tahu , waktu aku keluar tu , aku tak akan balik .. Dah aku tak kan dapat hug & kiss mereka kan . So sad .. T_T ... Banyak sangat kenangan aku dengan ayah and ibu , tak mampu nak update dekat entry ni .. Huhu .. Ok , pada sesiapa yang masih ada ibu ayah tu , hargailah mereka selagi masih hidup , Yang sudah tiada , sedekahkanlah al fatihah untuk mereka dan jadilah seorang anak yang soleh atau solehah .. :) .. Tq ..
No comments:
Post a Comment