Ibu " the best counselor" .. :D

Alhamdulillah , akhirnya ada juga kesempatan untuk aku menconteng-conetng dalam blog ni meskipun jam sudah menunjukkan jam 1 pagi .. Hihihi .. Rindu sangat-sangat dekat blog ni . Tapi apa boleh buat , had masa telah membataskan aku untuk mengedik semacam . Maklumlah , sibuk sangat dengan PBS .. Lagi-lagi nak buat presention (eh , betul ke eje? rasa pelik) .. Sepanjang proses membuat PBS tu berlangsung , alhamdulillah , ibu ayah banyak bagi support dari belakang , bahkan adek-adek , sahabat handai dan En. Bie pun turut serta bagi sokongan yang amat aku hargai .. Syukran ya semua ^__^ .. Moga Allah membalas perbuatan baik kalian ..  Tak lupa juga , thanks pada hamba Allah hadir sebagai ujian dalam hidup ni . Tanpa kau , aku tak kan matang dan tak akan bijak serta sabar dalam menempuh ujian Allah .. :D ..Aku doakan , kau sentiasa dibawah naunganNya ..  Okey , balik pada tajuk diatas , Ibu adalah orang yang paling aku sayang lepas Yang Maha Pencipta dan Nabi Muhammad S.A.W . Ibu bagi aku , adalah sumber inspirasi bagi setiap anak . Ha ! lagi satu , ibu adalah "the best counselor" . Eh ! aku paling suka bila ibu aku duk bagi ceramah pada aku .. Hal ini demikian kerana( skema ayat) , ibu bagi ceramah tak ada nak marah-marah , tengking-tengking , sebaliknya dia bagi secara lembut .. Dia sampaikan tu terus menusuk dan membuka minda aku . Eceh ! menurut sumber , ibu aku memg berbakat jadi kaunselor sebab dia ni pandai memujuk , pandai menjadi pendengar setia,pandai susun kata dan juga pandai bagi nasihat .. So , aku tak heranlah kalau ada yang nak jadikan dia ibu angkat .. Haha ..  Kadang-kadang aku heran juga , macam manalah seorang anak tu tak boleh "Ngam" dengan ibu atau ayah dia ? .. Pelik .. Sedangkan pada aku , kedua-duanya sangat penting . Everyday , before aku pergi sekolah je , mesti aku duk salam and cium ibu ayah . Kalau keluar pun , sama gak .. Aku jarang la terlepas dari buat mcm tu . Kalau terlepas , rasa mcm kekurangan sesuatu . Kadan-kadang teringat dan akhirnya ilmu susah nak masuk . Fuhh ! penangannya hebat oo..  Ehem2 ! lepas ni kena ingat , Ibu Ayah sangatlah penting dari segalanya yang berada di dunia ni ..Hargai mereka sebelum terlambat ! :D .. Ok , lari tajuk sikit , aku saja nak letak doa solat istikharah ni .. Mana tahu , ada yang tak tahu dan ingin mencuba . Solat Istikharah ni bukan just nak buat pilihan mengenai "JODOH" je . Bahkan untuk semua perkara .. :) . So , selamat membaca .. Hihi ..

Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya in baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.

*ok , yang putih dari SAYA tu adalah IBU ! (^_^)'

* my super HERO a.k.a WALI !! (^_^)'



No comments: