Beliau bertanya ,apakah ada ruang kpdnya untuk bermaksiat.
Lalu dijawapnya oleh Ibrahim Adham : "Kamu boleh melakukan maksiat tapi dengan syarat :
1-JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH kerana tidak layak orang yang derhaka kpd allah memakan rezeki-Nya.
2-JANGAN KAMU TINGGAL DIBUMI ALLAH kerana tidak layak org yang membuat maksiat dan menderhaka kepadaNya tinggal dibumi allah .
3-BUATLAH MAKSIAT di tempat yg allah tidak dapat melihatmu.
4- SEKIRANYA MALAIKAT MAUT DATANG hendak mencabut nyawamu ,maka katakan kpd malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu agar engakau sempat bertaubat .Sekiranya engkau dapat membuat demikian ,maka dipersilakan untuk membuat maksiat.
5-SEKIRANYA MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA HADIR hendak mengheretmu ke neraka , maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak mahu mengikutinya .Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk membuat maksiat.
Setelah selesai mendengar kata-kata tersebut , lelaki itu terus menangis teresak-esak kerana dia sedar ,tidak layak seorang hamba allah melakukan maksiat ..
Akhirnya ,lelaki itu segera bertaubat bersungguh-sungguh kpd allah .. Dia juga menuntut ilmu dan beramal soleh serta menjadi hamba allah yang sentiasa mentaatiNya ..
*Buat renungan pada diri ..=)

No comments:
Post a Comment